Sunday, 19 June 2011

AKTIVITI DI TAHUN 2010

Kenangan lalu masing diingati oleh sahabat-sahabat. Ruangan ini sebagai renungan untuk semua....

TAKBIR DI MALAM RAYA : Program ini bermula selepas solat isyak dan berakhir sekitar jam 12:00 malam. Memang cukup meriah, bertakbir memuji nama allah dan junjungan nabi muhammad s.a.w. Di tambah dengan kehadiran kanak-kanak. Destinasi terakhir kat rumah Man gerek.... ada yang terlentoq......


Bermula tahun 2010, pihak surau mengambil inisiatif menyediakan taqwim ramadhan untuk warga desa aman khususnya. Secara tidak langsung kita dapat menilai sendiri prestasi amalan kita di bulan ramadhan. .  

Tahlil Perdana : Alhamdullillah buat julung-julung di adakan program ni..... ada sumbangan/sedekah, pihak surau dapat mengumpul sekitar RM800 dan disumbangkan untuk pembinaan stor. Syukran.

Tazkirah dan Tahlil dari rumah ke rumah. Sambutan agak menggalakkan. Jamuan bukan menjadi ukuran kepada majlis ini tetapi santapan ilmu dan eratan sillaturahim itu penting.
  
Sejarah tercipta kerana buat pertama kali jumlah qurban mencecah 3 ekor lembu. Ramai yang datang bergotong royong tak kira golongan tua dan muda termasuk kanak2. Seperti biasa Ustaz Saad akan menyembelih lembu.

Kuliah agama di surau. Alhamdulillah, semakin ramai yang menghadiri majlis ilmu ni.... malaikat menghamparkan sayapnya di majlis-majlis..... bukan senang.....

Jamuan raya kali ni dihadiri hampir 400 penduduk desa aman. Juadah disediakan mengikut fasa... ada ketupat, ada lemang, bihun, agar-agar dan pelbagai.
Doa Selamat untuk bakal Haji.... Seramai 5 orang bakal haji pada tahun 2010. Kita bila lagi..... kena azam and kumpul duit...
Ceramah Perdana oleh Tuan Guru

Ada tetamu dari Pakistan singgah kat surau desa aman. Depa mai minta sumbangan untuk sekolah agama kat Pakistan. Allah dorongkan mereka ke 'teratak' surau kami. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment