Sunday, 31 July 2011

MENCARI LAILATUL QADR?

Kalau puasa jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadr ialah pada hari....



 Pesta Ibadah sudah bermula

 Menurut penelitian Imam Ghazali rh. Lailatul-Qadr dapat diperolehi sebagai berikut:
1.   Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan.
2.   Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan.
3.   Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan.
4.   Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 25 Ramadhan.
5.   Kalau puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 23 Ramadhan.
Tanda-tanda Lailatul-Qadr
  • Tanda lailatul-Qadr seperti mana disampaikan oleh Ubadah bin Samit r.a dari Nabi s.a.w ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas dan tidak pula dingin seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak ada bintang-bintang yang muncul sehingga pagi.
    Dan termasuk tanda-tanda ialah bahawa matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama.

Dipetik dari buku Risalah Puasa, Muhammad Qosim at-Timory, terbitan Jahabersa&Jami’atul Ulum Ar-rahman.

Thursday, 28 July 2011

TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADHAN, AHAD NI


KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. 

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). 

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). 

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Tuesday, 26 July 2011

PEMBINAAN MASJID DESA AMAN


Tanggal 20 JULAI 2011, RABU 12:00 noon ~ 1:30 tgh. Disebabkan ada hal tertentu, Mufti terpaksa mengadap Sultan pada pada 20/7. Alhamdulillah, diwakilkan kepada Timbalan Mufti, mantan Mufti, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Kedah. Utz Tanazi sebagai pembuka bicara/presentation berkenaan Permohonan Qaryah Baru (pembinaan masjid tmn desa aman). Kemudiannya... Timbalan Mufti.... diikuti dengan sesi soal jawab. Dalam sesi soal jawab... sdr suliman dan Utz Tanazi.... alhamdulillah dapat menjawab... saya turut mencatat pandangan mereka dan komen. Mereka memuji aktiviti surau kita... syukran.... Apa yang dipinta oleh mereka ialah ... 4 lokaliti disempadani dgn apa n soft copy presentation tu..... Then... the next process is seat for the mufti meeting .... last process is 'PERKENAN SULTAN KEDAH'.
Selepas taklimat tu... kami berjamu selera dgn nasi tomato ... buah durian n rambutan. Dalam perjalanan pulang.... lawatan ke tapak masjid.
ALHAMDULLILAH. Maklumat terkini(4 julai) dari Ustaz Azraimey, Pihak Mufti dan Jabatan Agama Islam Kedah akan membuat lawatan tapak dan taklimat. Seramai 15 orang di jangka hadir. Pihak pengurusan surau dikehendaki menyediakan 'slide show' berkenaan dengan projek pembinaan masjid. Pembentangan bakal diadakan pada 20 Julai 2011 jam 12:00 a.m. DOA DARIPADA WARGA DESA AMAN AMATLAH DIALUKAN.

Sunday, 3 July 2011

INFORMASI

Ikan Pari terbesar ditemui di Maldives - Subhanallah!!
MALE - Imej sekumpulan ikan pari manta gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berkenaan, Warren Baverstock, 42, mengambil masa selama sembilan hari untuk merakamkan kumpulan ikan pari gergasi itu yang tiba untuk memakan plankton di perairan tersebut baru-baru ini. Terdapat sekitar 200 pari manta dengan lebar lebih tiga meter berkumpul di teluk sebesar padang bola sepak itu untuk mencari makanan. - Agensi

Masih banyak khazanah laut ciptaan Allah yang masih belum dibongkar. Mahasuci Allah yang menjadikan alam. 

Friday, 1 July 2011

MESYUARAT

2 Julai 2011 Selepas solat isyak. Pihak surau menjemput AJK surau dan semua jemaah ke 'mesyuarat menyambut ramadhan' di Surau Al-Huda, Taman Desa Aman. Antara agendanya ialah jadual berbuka puasa, more & tazkirah, buletin surau dan 'desa aman fun ride'.